THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Kuda pertamaku



Seperti biase ku pulang ke rumah dari tempat menuntut ilmu. Penat lelahku berjalan dari tempat ku menuntut ke rumah amatlah memenatkan. Bisakan sudah lali, lelahanku tegal biasa. Mengharapkan ayahanda menghantarku ke tempatku belajar tetapi keluhanku tidak didengari. Walau berkali-kali ku menegaskan kepadanya. Tetap tiada perubahan.
          
             Setibanya daku ke tempat ku berteduh(rumah), ku dikejutkan dengan kuda di samping ayahanda ku yang sedang dibelai-belai oleh nya. Kaget perilaku ku melihat kejadian tersebut. "Kemari wahai anakku, moga kuda ini akan membantu anakanda menuntut ilmu. Semoga ini menjadi pendorong mu untuk belajar sehingga ke negeri Cina", berkata ayahandaku. Riang tidak berkata, menjelang hampir senja, ku mencuba kekuatan kuda itu. Benar kata orang berpengalaman dengan haiwan pantas, dimana kuda jikalau elok dibela, rapi dijaga, jaga bakanya, kuatlah ia. Kunamakan 'Mat Boro'. Fikiranku melayang sejenak membayangkan kuda ku memintas pantas kuda-kuda di kampungku, aduhai betapa bangganya jikalau benar anganku. Tetapi, kekariban dengan belaanku tidak lama, setelah ku berjaya pergi menuntut ke tempat ilmu di luar kampungku. Lagi keluhan terbit di benakku.
           

           Umurku bertambah dan tiba masanya kembali ke kampung setelah selesai menuntut ilmu. Jika disamakan tempoh ku menuntut dengan umur lembu, tempohnya seperti lembu baru lahir sehinnga cukup kejantanannya, sampai tempoh sembelihannya dan cukup giginya. Sama erti dengan 2 tahun. Masa seperti ini ku ambil kesempatan untuk mengenali dengan lebih mendalam.
 Sepanjang itu juga, daku mencampuri golongan berusia dariku untuk memperoleh pengalaman dan nasihat tentang kudaku. Cubaan pertama kaliku bermula dengan memberi 'Minyak pati hitam '. Dengan ini ketangkasan dan tujahannya akan berbeza. Dengan menggunakan duit saku sendiri, berbaloi dan nyata kelainan. Seterusnya, dengan tunjuk ajar oleh mereka yang berumur, daku menyarungkan 'pelapik menyeluruh' dan mengenakan di kuda ku. Merah keputihan warnanya. Banyak mata meleret cemburu dengan pakaian kuda ku.

             Langkah ku diteruskan lagi dengan penjagaan kakinya, dimana ladamnya kusarung besi lapan batang di Kedai Pak 'Rasingbui'. Bukan sahaja itu, ku balutnya dengan ladam berlapik kepaduan getah jenis 'Meshlin' dari eropah. Agak terkedu mengetahui harga lapik getah itu tadi kerana jauh mahal dengan getah yang ada di kedai lain di pekan yang sama. Kesaggupanku dibayar dengan kepuasan walaupun duit keperluanku digunakan. Ku kuatkan azam ku untuk teruskan usahaku walau ditegah oleh rakan sekampungku. Keselesaan ku juga di ambil kira. Ku tukar pemijakku yang lama dengan besi 'Fures' dari negara matahari terbit. Sesuai dengan laku ku yang hendakkan lasak. Setelah agak jemu dengan penampilannya walau banyak perbezaan, ku meneruskan dengan pergelangan kaki belakang dilekatkan dengan besi 'nubi' yang berasal dari Sumatera. Bunyi hentakkan kudaku berubah sama sekali sesuai dengan penampilan baru kuda ku. Penghadang mata nya ditukar kepada campuran yang menghasilkan sedikit pantulan cahaya 'niun' berwarna suci keputihan, seiring dengan pelapik badan. Untuk memperlihatkan kelainan lagi dari kuda-kuda di kampungku, ku wujudkan ditelinga kuda tersebut dengan sepasang benda 'kuso' dari negara luar yang mengeluarkan barangan perhiasan bagi empunya yang mahukan perbedaan. Objek ini licin sehingga boleh memantulkan cahaya sesuatu objek. Mengagumkan walaupun sebelum ini juga kuda ini mempunyai objek yang sama tetapi malang tidak berbau musnah sama sekali. Sehingga tempoh sepurnama ku akan memberi 'minyak pati hitam' yang baharu. Kelajuannya seperti pertama kali ku menunggangnya.


Tadaaa. Inilah kuda ' Mat Boro' ku yang perrtama
           



 Amacam, power x 'kuda' ku. Dibawah ini disertakan kamus kefahaman direka khas oleh ku. Bagi rujukan dan pengetahuan tentang kisah ini.
tayar 'meshlin'



'minyak pati hitam' a.k.a 4t

'Mat Boro'  = Marlboro/ airbrush coverset
'Minyak pati hitam' = Minyak 4T hitam/ minyak hitam
'Pelapik menyeluruh' = Coverset
'Rasingbui'  = Rim 8 batang Racing boy
'Meshlin'  = Tayar Michelin(mahal beb)
'Fures'   = Footrest/ Pemijak kaki Racing
'Nubi'   = Ekzos Nobi bunyik die ade lah macam yamaha R1 or CBR1199
'niun'   = Lampu neon warna putih cerah/ macam nur gak ah
'kuso'   =  Side mirror bentuk tajam(macam telinga kuda, serius der)

 


 

0 comments: