THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

kadar tol yang tidak dijangka


Siape kata highway je ade tol? ramai yang tidak tahu kahwin pown ada gak tol. Trend ini amat famous dan sering berlaku di majlis perkahwinan di selatan khususnya di Johor, tempat kelahiran saya. Kebanyakkan bakal pengantin lelaki di Malaysia gemuruh dan takut nak naik pelamin sebab first time tuh memanglah, yang si laki ni takot sebab ramai nak nengok pengantin bersanding. Pastu banyak sangat lah
nak ambil gambar. Percaya tak, yang pengapit lelaki ni kadang-kadang tisu dia lagi banyak daripada pengantin perempuan. nervous punyer pasal nak lap peluh kat muka pengantin.

          
              Tetapi, pengantin lelaki yang nak kahwin dengan pengantin perempuan yang kelahiran Johor, diorang fikir 4 5 kali(nak pergi ke xnak pergi) nak bersanding di rumah pengantin perempuan. Sebab ape taw, sebab duit poketnyer sendiri bakal disumbangkan secara tidaksukarela. Haha, diperjelaskan lagi,akan ramai lah orang yang akan jadi jurutol sehari(bukan je raja sehari, jurutol pown ade gak) meminta duit untuk meneruskan perjalanan. Inilah keunikkan yang ade di Johor. Kadang kala dengan duit budak yang pegang barang hantaran pown disapu.
         
           Pengalaman yang pernah saya lalui beberape tahun lepas berkenaan situasi ini, kejadian berlaku di rumah pakcik saya di Muar(kampungku yang dirindui) semasa majlis perkahwinan anak daranya(saudaraku yang tua 5tahun) dengan jejaka Rawang, Selangor. Pengantin dijangka tiba pada 1300h, pengapit pengantin lelaki yang saya diberitahu adalah kawan karibnya yang telah membuat persiapan rapi sehinggakan search maklumat diinternet tentang 'tol yang tidak dijangka' ini. Saya dari jauh melihat kelibat si pengapit ini berpakaian baju melayu putih(yelah xkan nak lawan wanrna dengan pengantin lak, karang ape plak orang cakap) berkasut kulit, bercermin mata, berjam tangan serta sibuk dengan handphone HTC nyer bersama membawa 2 beg bimbit kecil. Alunan kompang mengiringi rombongan pengantin lelaki. Setibanya mereka berhampiran kanopi pertama tetamu, beberapa pemuda yang diamanahkan memantau nasi serta lauk-pauk bergegas ke pengantin lelaki itu. Pemuda-pemuda ini berdiri sebaris behadapan dengan rombongan pengantin lelaki. Pemuda-pemuda ini menghulur tangan sambil mengalunkan telapak tangan membawa erti memohon 'tol yang tidak dijangka' untuk pengantin itu tadi meneruskan perjalanan. Brader pengapit ni pun ape lagi, senyum dan mungkin di hati terlintas berkata " Aku dah tahu dah, kowang xyah lah nak block aku". Dari jauh mataku meleret brader pengapit nih. Dalam hati aku pulak berkata "Tunggulah kau, kau sampai je laman rumah ni, kau tengok road block Raya Cina, India, Melayu semua ade".

             Rombongan si pengantin lelaki ini meneruskan setelah berjaya 'menembusi' tol oleh pemuda-pemuda rewang. Tidak sampai beberapa langkah, gadish-gadish rewang pulak. Tanpa sepatah dua kata oleh gadish tersebut, si brader pengapit laju memberi sampul berwana kepada mereka. Rombongan tadi meneruskan langkah menuju destinasi. Tup tup, budak-budak lingkungan 6 hingga 12 tahun berkerumun terus dekat si brader pengapit nih. Adelah dalam 15 ke 20 orang yang pergi kat brader tadi. Yelah mata budak kan lagi tajam pasal bab bab duit nih. Senyuman brader yang mencapai lubang telinga tadi terus berubah. Mula-mula brader nih xnak bagi, selepas di cuit oleh pengantin lelaki, brader ni pun bagi.
 Akhirnya rombongan tadi pun keluar dari kanopi tetamu untuk menuju ke tempat bersanding di ruang legar pintu masuk utama rumah pakcik saya. Tiba-tiba, kumpulan makcik yang berumur 40-50an menahan rombongan tadi sambil berkata "Kalau nak masuk, bagi tips kat makcik-makcik pengantin perempuan dulu". Rupa-rupanya semua makcik saya semua ade(kalau bahasa uniform senang cakap 'cukup strength') seramai 7 orang kesemuanya. Menggelabah brader tu check 2 2 beg bimbit dia. Lepas tu, brader ni berbisik kat pengantin. Terus air muka pengantin berubah sama sekali. Sedikit kelam kabut, ape lagi lepas dah tahu duit 'tol yang tidak dijangka' habis, pengantin laki ni tadi menyeluk poket baju keluarkan wallet terus bagi on the spot 5o hengget seorang(total RM350 only). Tiba-tiba datang 2 orang makcik, makcik ni jiran dengan pakcik saya. Pengantin keluarkan duit syiling, tapi makcik ni refuse. Keluar kad stesen pam, makcik tadi tolak, pengantin tadi cuba lagi keluarkan business card, kad atm, kad matrik dia yang lama pon keluar jugak. Dengan selamba makcik berdua berkata, "NO". Pengantin tadi berbisik dengan brader pengapit dan brader tu pon bagi semua duit kertas dekat 2 orang makcik tersebut. Siap makcik ni demand lagi, "makcik minat lah dengan beg kecik tu(sambil menunding jari ke arah beg bimbit kulit yang dibawa brader pengapit). Sekali lagi brader ni tarik muka. Pengantin laki tadi merayu kat brader ni. Akhirnya dapat jugak makcik tu bergaya dengan beg berjenama yang diminta.
           
             Brader tadi siap menadah tangan mungkin die berharap xde lagi 'sekatan' lepas nih. "Ting tang ting tang", tiba-tiba terdengar bunyi sudip dengan senduk besi. Rupa-rupanya 4 orang tukang masak datang dari arah dapur belakang rumah. Pengantin dengan brader tadi memandang antara satu sama lain. Mereka berdua merayu dekat pakcik tukang masak mengatakan diorang dah xde ape nak bagi dah. Tukang masak tadi hanya menggeleng-geleng kepala. Tetamu dan saudara mara di tempat kejadian tergelak besar dengan perilaku pengantin dan pengapitnya. Seorang dari rombongan lelaki tu berteriak "Bagi je ape yang ade, lame dah kiteowg tunggu nih" jelasnya. Brader pengapit jadi mangsa, cermin mata hitam(oakley), jam tangan(tissot), kasut kulit(larrie) dan akhirnya HTC beliau. Terus xde mood si pengapit nih. Akhirnya tembuslah segala sekatan dan cabaran. mereka disambut oleh pengantin perempuan dan bersanding. Persembahan pencak silat menjadi tatapan. Bacaan doa mengiringi persandingan kedua-dua pengantin baru.

             Kesimpulannya, bersabarlah walau apepun yang menimpa. Nak tahu tak, brader tadi balik rumah lepas bersanding, xnak makan terus je bla dengan pakai stokin naik kereta.
p/s;- standby selipar dekat kereta.

0 comments: